Pages

Tuesday, July 26, 2011

PATAH ker... terK'HELL?

Assalamualaikum dan salam sejahtera....



Lama rasanya (bukan rasanya....mmg dah lama) aku tak menulis didalam ruangan yang tak seberapanya nie. Padahal aku bukannya tak ade masa. Cuma masa aje tak ade aku?

Pada 11 Julai lepas (tahun ni juga yer!!) satu kemalangan kecil berlaku keatas diri aku, kecederaan yang tidak disengajakan....berlaku lewat petang atau malam...macam dah ilang ingatan plak!! Maka selepas kejadian tersebut aku mengejarkan diri keHospital Putrajaya dari jam 7 mlm dan akhirnya setelah siap gedebak-gedebuk siap simen lagi....jam 11.15 malam baru selesai...yang pentingnya aku dapat MC dari tarikh 12 - 21.

Pada 21 Julai ada temujanji kul 9.30 pg, siap jumpa doktor hingga jam 11.00 pg selesai. Sambung MC lagi dari 22- 4 Ogos. Namun jari aku masih tetap macam mula-mula berlaku kemalangan....adoiiiii

Malaslah nak tulis panjang2..sakit jari dibuatnya.  Kat sini ada disertakan bahagian yang cedera tersebut!

Thursday, June 9, 2011

JATI ke Belom?


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bermula hari Isnin hingga Rabu aku menghadiri kursus yang jarang benar orang ramai mahupun kakitangan awam yang mahu menggikutinya, aku pun lebih kurang begitu juga, kursus yang aku maksudkan ialah Tranfomasi & Pengukuhan Jati Diri. Objektifnya adalah untuk memberi latihan dan kemahiran bagi menghadapi cabaran dengan lebih berkeyakinan dan tabah.

Hari pertama aku sampai didalam dewan yang besar dan luas hanya disediakan kerusi yang dibariskan dalam beberapa barisan itu saja. Maka aku buat kesimpulan, mungkin hanya mendengar ceramah aje. Akhirnya sangkaan aku tidak benar. Terlalu banyak sangat aktiviti gerak badan yang harus dilakukan dari hari pertama hingga akhir.

Kepada fasalitator yang aku kagumi. aku cuapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memberi kesan yang sangat mendalam sepanjang kursus tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan dengan penceramah tersebut sila ke <SINI> selamat bertransfomasi.

Wednesday, June 1, 2011

HIKMAH BULAN REJAB


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Bulan Rajab adalah bulan ke 7 dari bulan hijriah (bulan arab). terjadinya perjalan Nabi Muhammad S.A.W dan akhirnya bertemu Allah S.W.T. Nabi Muhammad S.A.W menerima perintah mendirikan solat dan dan Nabi Muhammad S.A.W juga melihat syurga dan neraka.

Keutamaan Bulan Rajab :
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rajab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa itua.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar,dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan.

13. “Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.”

14. “Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.”

15. “Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat.”

16. “Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan.”

17. “Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga.”

18. “Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulanini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

19. Sabda Rasulullah S.A.W lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: “Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”Maka berkata Jibrilb a.s.: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rajab ini”. Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : “Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah S.A.W  melalui sebuah kubur,lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya kepada beliau: “Ya Rasulullah mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda : “Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka”. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur”.

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?” SabdaRasulullah S.A.W: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat karana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku”. “Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka.”

Tuesday, May 24, 2011

SABAR ajer.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Malam tadi aku dapat tahu sesuatu yang sangat-sangat melukakan hati dan tak harus berlaku pada diri aku mahu pun pada orang lain. Aku anggap semua itu sebagai halangan serta cabaran kejalan yang diredhai, memang setiap yang berlandaskan Allah perlu ada kesabaran, itulah sebenarnya yang akan menguatkan lagi sesuatu hubungan. Kalau inilah yang telah ditakdirkan, aku dah tak boleh nak buat ape-ape lagi selain berdoa dan berharap......

Tuhan tidak akan menurunkan hujan kerana panas, tapi sebenarnya untuk memberi ganjaran atas kesabaran dan akhirnya pelangi yang cukup indah mewarnai alam di penghujungnya.

Friday, May 20, 2011

rindu loUR!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Ntah kenapalah sejak dua tiga empat lima menjak nie.....aku macam dah terlebih rasa rindu pada seseorang, mungkin terlalu rindu!!!!!
seriously.....ntah lah....adoiiiiiiiii....

Wednesday, May 18, 2011

BEBASKAN aku

Assalamualaikaum dan selamat sejahtera pada kawan-kawan yang sudi membaca...macamlah ramai aje yang membaca blog aku yang tak seberapanya ni, tapi aku tetap bersyukur sebab dengan adanya follower membuatkan aku lebih menghargai kowang!!

Masuk hari dah kerap benar aku tak dapat nak masukkan entry baru, aku pun tak pernah terniat untuk mengabaikan blog aku ni, tapi sebab sesuatu hal yang tak dapat aku elakkan, jadi semuanya aku kuburkan bersama tenggelamnya mentari petang....ewah...ewah!

Bosannya mana peginya ayat-ayat cinta aku...oooooooooooooooooooooooooooo!!!

Tuesday, May 10, 2011

PANAS!!!!!


Hari ni dah 4 hari aku rasa macam duduk dalam oven bila balik rumah dari opis, cuaca yang cukup panas menyebabkan aku rasa macam nak pindah kat opis ajer sehingga cuaca kembali pulih seperti biasa!

Balik rumah aje dah pukul 5 petang, bayangkan setiap hari dari matahari jatuh jam 3 petang akan memancarkan cahaya terus ke bilik dan ruang tamu rumah aku hinggalah jam 6.30 petang, pasti juga rumah 'mereka-mereka' yang kedudukannya seperti rumah aku akan menerima nasib yang sama, aku kesian sangat dengan mereka-mereka tu!!. hahahaha.....Rasa macam terbakar aje bila masuk bilik dan duduk diruang tamu, sofa empuk aku rasa macam gebar aje, tidur atas tilam King Koil aku rasa macam tidur atas jalanraya ajer, kononnya akan dapat kenaikan gaji kakitangan awam, sempena Hari Pekerja ni, boleh juga aku beli penghawa dingin...tapi nan ado!!
Ujung-ujung guna kipas juga aku.......

BELAILAH aku!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sedikit ingin aku kongsikan bersama hanya sebagai peringatan dan renungan sahaja. Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku tulis bagi memeriahkan blog aku yang macam nak ditelan bumi nie.....tapi itu cuma semasa aku sedang memandu aje, bila dah sampai masanya untuk aku menulis, semua idea hilang.
Akhirnya keluarlah post yang dibawah nie...baca yer!

Diriwayatkan oleh At-Tabrani: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
"Kasihanilah mereka yang berada dibumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang dilangit"

Huraiannya:

1.    Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap manusia.

2.    Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang harmini dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan betapa pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat. Antara bentuk kasih sayang itu adalah:

      *   Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
      *   Melalui sentuhan yang lemah lembut.
      *   Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

3.   Apabila dilihat dalam kehidupan masyarakat hari ini, ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan seharian. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat. 

Wednesday, May 4, 2011

MEI-May

Assalamualaikum dan selamat hari selasa....

Setelah lama beberapa hari tidak menulis ke dalam blog yang sekadar melepas batuk ditangga, hari ni aku mulakan dengan sedikit tulisan yang rasanya macam tak ada apa-apa yang istimewa pun.

Bermula dari hari sabtu lepas, aku di jemput menjadi seorang food taster di Kelab Tasik Putrajaya untuk Majlis Resepsi & Makan Malam kawan opis yang akan diadakan pada 7 Mei ini. Malah disitu aku yang sepatutnya cuma merasa kini telah berpaling arah kepada makan dengan rakusnya...sapa suruh jemput aku....hehehehe.

Sebelah malam, sesuatu telah berlaku keatas diri yang membuatkan aku bergegas ke Hospital kerana mata berdarah, bukan sebab makan yer....tak ade sangkut-paut langsung dengan apa yang aku makan kat Kelab Tasik Putrajaya siang tadi!

Fikiran saya sedikit bercelaru bulan ini. Sepatutnya bulan ini aku lebih gembira kerana banyak hari istimewa yang ada dalam bulan ni. Hari Ibu, Hari Guru dan malah bulan pada 4 Mei adik aku akan menduduki exam final sem.  Tapi aku sedikit terganggu dengan Mei tahun ni sebab banyak yang mengganggu emosi aku sejak awal bulan lagi ini. Beri masa dan ruang untuk aku berfikir dan muhasabah diri.

Friday, April 29, 2011

Hakikat SEMBAHYANG

Asalamualaikum dan selam hari Jumaat...
Kali ini saya  mengambil kesempatan hari jummat yang berkat ini untuk sama-sama kongsi sedikit pengetahuan tentang tertib-tertib semasa kita bersembahyang dari mula hingga akhir. Insya'Allah....

1.  Berdiri Betul (Qiam)  -  Melambangkan Allah Yang Satu (Nafsi/Menafikan diri kepada Allah)
2.  Ruku'  -  Melambangkan Keagungan Allah (Aku Mengagungkan dan Membesarkan Allah)
3.  Iktidal  -  Melambangkan kita rapat dengan Allah (Aku Menghormati Allah)
4.  Sujud
     (a)  Melambangkan allah Maha Tinggi (Aku menghambakan diri kepada Allah)
     (b)  Aku merendah diri kepada Allah
5.  Duduk Antara 2 Sujud  -  Melambangkan kita hamba yang tidak memiliki apa-apa
                                             (Aku memohon keampunan kepada Allah)
6.  Duduk Membaca Tahayyat  -  (Aku menyerah diri kepada Allah)
7.  Salam
     (a)  Aku meminta keizinan dari Allah, Selamatkan semua muslimin, muslimat dan malaikat di sebelah kanan.
     (b)  Selamatkan semua muslimin, muslimat, mukminin, mukminat dan malaikat disebelah kiri.

Thursday, April 28, 2011

sms PANAS!!


Mari-mari …aku ada cerita PANAS …, kejap yer!  Nak ‘on’ kipas…citer ini adalah dari mangsa kejadian tersebut, sapa lagi kalau bukan aku….

Kesahnya terjadi semalam.. bila nak cerita semula ..rasa macam kelakar jer!
semalam lebih kurang kul 7.10 mlm, aku masuk dapur dengan harapan nak goreng ayam untuk dimakan bersama nasi goreng cina…wah…macam sedap ajer bunyinya...semangat betul pada masa tu..

Mula-mula aku panaskan minyak masak, tepon dalam bilik aku berbunyi  nada message, eh..eh.. ada sms pulak, jawab dulu sms ni..sementara tunggu minyak ni panas, then masuk bilik balas sms dulu.....setelah beberapa ketika.....


tiba-tiba...
anak lelaki aku menjerit panic aje bunyinya, akupun berlari ke arahnya yang sedang menonton tv diruang tamu, tetiba aku bau hangit dan serta terlihat asap tebal dari dapur, berpunca dari api yang sedang menjulang dari arah dapur, mak oiii…baru aku teringat, tadi aku sedang memanaskan minyak masak, maka secepat road runner aku arahkan anak-anak aku keluar dari rumah, aku pulak terus ke dapur mematikan tangki gas, pada masa yang sama api masih lagi megah di dalam kuali…besar gila pulak…(siap dengan letup-letup kecik lagi..)
Lebih kurang 10 minit aku cari jalan macamana nak settlekan api yang dalam kuali ni, asap semakin menebal hingga mengelapkan ruang dapur...akhirnya  aku basahkan sehelai tuala mandi, terus aku tutup kepermukaan kuali yang sedang berapi tersebut, tuala tu baru beli siot!!!

Alhamdulillah…. padam serta merta api tersebut, lebih kurang kul 7.45 mlm selesai semua dan bersyukur kehadrat Allah tak ade musibah besar yang terjadi dari kejadian tersebut, akupun sempat solat magrib. Nasib baiklah aku dilantik menjadi seorang Ahli Keselamatan Kebakaran  Pejabat di opis aku, ada juga belajar cara-cara memadamkan kebakaran kecil…sebelum besar! bila dah besar elok lari ajer...tu kerja Bomba pulak......
Moral dari kisah aku ni, kalau buat sesuatu tu, jangan suka tinggal-tinggalkan. Macam tu ker?

Wednesday, April 27, 2011

RASA-rasa


Hari ni bangun tidur dengan satu RASA yang paling hebat dengan semanggat berkobar-kobar nak jadi orang paling bagus, walaupun bagus bukan untuk orang lain, sekurang-kurannya aku rasa bagus untuk diri sendiri...korang penah RASA macam ni tak? Aku tak kesah pun korang ada RASA atau tidak.....HAHAHAHA.

Sebab dah punya RASA macam ni, jadi segalanya aku RASA macam bahagia sangat, berjalan pun aku RASA macam terbang jer! Bleh plak...Memulakan tugas dengan cemerlang tanpa ada gangguan mental maupun fizikal dari orang sekeliling, tenangnya aku dengan keadaan sekarang, tapi tak lama....baru aku bahagia seketika, masih ada makluk yang telah membuatkan aku macam nak tampar ajer muka dia dengan keybord, grrrrrrrrrr

Sekarang aku RASA macam nak jerit kuat-kuat kat dalam opis  tu, bagi gegar sikit...kau RASA dia orang marah ker tak? RASAnya tentu serta-merta aku akan di serahkan ke Hospital terdekat! RASA geram teramat sangat, RASA bengang yang amat banggang sekali. aku RASA macam nak balik aje masa tu...last2 sekali memang aku balik juga selepas 10 minit RASA nak balik....lalalala.

Korang RASA aku ni macam mental ajerkan? dan tentu macam-macam korang buat tomahan tentang aku, aku pun ada juga RASA macam tu kalau aku jadi korang. Jadi kalau korang RASA aku macam nak lepaskan peRASAan atau ape-ape aje! Memang aku RASA macam tu, sebab aku suka RASA macam nie, lebih selamatkan? hehehehehe 

Thursday, April 21, 2011

JUMAAT penghulu Hari

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera dan selamat hari Jumaat buat semua rakan-rakan pengunjung. Cepat benar masa berlalu cuma tinggal beberapa hari saja lagi akan masuk bulan Mei. rasanya baru dua minggu lepas aku meninggalkan bulan Mac, itulah perjalanan masa dan akal yang tidak seiring, mungkin sebab aku banyak berangan atau terlebih tidur!

Baiklah, Jumaat merupakan penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa-peristiwa besar banyak berlaku pada hari Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, sebagai contoh daripada hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, yang bermaksud: "Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari '

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 'Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Nabi Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga akan berlakunya hari kiamat. Pada hari Jumaat, tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya' (hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari Jumaat seseorang hamba mukmin apabila berdoa kepada Allah meminta kebaikan maka doanya akan dimakbulan, jika meminta melindunginya dari kejahatan maka Allah akan melindunginya dari kejahatan' (hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali hari Jumaat bukanlah sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan oleh umat Islam khususnya. Amin!

Monday, April 11, 2011

Jual Kasih


Asalam’mualaikum w.b.t

Setelah tak menulis sejak sabtu lalu, tangan ni rasa macam gatal jer nak menaip. Tapi tak tahu nak tulis apa untuk dikongsikan bersama. Dan akhirnya aku tulis ni aje buat dikongsi bersama.

BAGAIMANA MENGAPLIKASIKAN KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN ?

Mengenali mereka secara mendalam, seperti nama, alamat, pekerjaan, status sosial, kewangan, kesihatan, psikologi dan sebagainya. Hadis riwayat Tarmizi bermaksud: ‘Jika seseorang menjalin tali persaudaraan dengan orang lain, maka hendaklah dia bertanya siapa namanya, nama bapanya dan dari mana dia berasal, kerana itu lebih mengeratkan kasih sayang’

Menyatakan ‘saya sayangkan kamu’. Dalam sunan Abu Daud disebutkan bahawa seorang lelaki berada di samping Rasulullah s.a.w. Kemudian ada lelaki lain yang juga berada di sana. Orang yang ada di samping beliau berkata: ‘Wahai Rasulullah, saya benar-benar menyanyangi orang itu’. Rasulullah s.a.w. bertanya:  ‘Apakah engkau sudah memberitahukannya?’ Maka menjawablah lelaki tersebut: ‘Tidak’.  Sabda Rasulullah kemudiannya: ‘Beritahukanlah sayangmu itu padanya.’ Maka orang itu menemui orang yang dimaksud, lalu berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya aku menyanyangimu kerana Allah.’ Dan berkatalah lelaki tersebut: ‘Yang membuatmu menyanyangiku juga menyangimu.’

Kesimpulannya kita digalakkakn berkasih sayang sesama manusia tidak mengira jenis. Dan haruslah berlandaskan hukum agama supaya setiap perlakuan tidak melampaui batas. Tapi banyak yang aku lihat sekarang ialah lelaki bercinta sesama mereka begitu juga dengan perempuan yang melakukan perkara yang sama tanpa segan silu dihadapan khalayak ramai, semuanya berlandaskan nafsu semata-mata. 

Friday, April 8, 2011

Muda vs AKU TUA!!!

Assalamualaikum...salam sejahtera.

Tiba-tiba pagi ni aku rasa nak menulis tentang hormat menghormati, yalah pagi-pagi Jumaat yang berkat ni mari sama-sama kita muhasabah diri sebelum dibalakan dengan musibah. Semua orang pernah melalui zaman remaja, ada yang suka dan tak kurang pula yang penuh dengan sengsara, itu semua ketentuanNya. Apa yang kita lakukan pada waktu itu adalah mengikut acuan yang diterapkan kepada kita sejak zaman kita kanak-kanak lagi.

Sebenarnya nilai rohani seperti menghormati orang yang lebih tua sudah mula menampakkan  kecelaruan didalam diri anak-anak muda malah telah berleluasa juga dikalangan orang dewasa. Banyak yang telah kita dengar, baca, lihat malah tak kurang yang berlaku keatas diri sendiri. Tapi setakat mana kemampuan kita untuk merubahnya? Biasanya  kalau kita mendengar, harus kita akan kata 'kesiannya' kalau kita baca 'dasyatnya' dan kalau terjadi pada diri sendiri?

Sebagai ibubapa atau ketua keluarga, perkara utama yang harus kita semaikan didalam diri anak-anak kita ialah nilai menghormati semua orang, tidak kira orang tua, sebaya atau lebih muda. Memberi penekanan agar mencintai Allah s.w.t. adalah lebuh utama. Kenalkan sifat-sifat Allah seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Penyeksa dan sebagainya. 

Sentiasa mentaati ibubapa (orang tua)iaitu memohon keberkatan dari mereka, maka akan mendapat keredaan Allah. Sebagai anak seharusnya mereka harus mengutamakan keperluan ibubapa lebih dari daripada  bertanyakan keperluan teman wanita atau rakan-rakan. Allah s.w.t lebih mengasihi mereka yang menghormati orang-orang yang lebih tua.

Jika kita menghormati orang yang lebih tua, sebenarnya kita sedang membina satu kehidupan yang lebih sempurna daripada pengalaman masa lampau mereka. ish...ish..ish...rasa nak mengalirkan air mata..sebelum aku benar-benar nanggis baik aku stop kat sini ajer, huhuhuhuhuuuu.... 

Thursday, April 7, 2011

STRESS? tekanan?


Pagi semua…hari ni nak tulis pasal stress. Masalah sekarang yang banyak dialami oleh rakyat Malaysia, terutamanya remaja-remaja yang sedang hangat bercinta, macamlah aku tak pernah bercinta!!! Minggu lepas aku pun pernah mengalaminya, tapi stress yang positif dan selepas itu aku bangun dengan lebih cergas dan bertenaga…

Apa-apa pun korang bacalah sedikit info tentang stress ni..harap jangan pula lepas baca ni korang komen minta nasihat kat aku pulak… 
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu horman rangsangan yang dinamakan ‘adrenline’ kedalam saluran darah. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku didalam tubuh sebagai persiapan untuk melindungi kita. 

Diantara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah keotak dan jantung) gula, lemak dan kolesterol didalam darah akan bertambah (untuk memberi  lebihan tenaga kepada badan penafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara biasa selari dengan keperluan tubuh ketika itu. Ada stress positif yang dipanggil ‘eustress’ ianya  amat diperlukan dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan perihatin kepada apa yang kita sedang lakukan. 

Manakala stress negative dipanggil ‘distress’ ianya suatu tindakan yang akan menyebabkan seseorang yang mengalaminya akan menjadi tidak menentu dan tidak dapat berfikir dengan bijak serta boleh merosakkan sistem sarap badan dan otak. Jika ianya berlaku dalam jangka masa panjang, ia kan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. 

Stress kronik ini akan mengganggu setiap system dalam tubuh dan akan menyebabkan meningkatkan tekanan darah, menekan system kekebalan tubuh, meningkatkan risiko sakit jantung dan stroke, menyebabkan infertility dan mempercepatkan proses penuaan, bahkan boleh menyebabkan gila.

Ini sedikit info yang dapat aku kongsi bersama.

Wednesday, April 6, 2011

Sahabat - Erti Sahabat Sebenar


Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dan salam sejahtera....macamlah ade orang yang nak singgah blog aku ni, tapi aku bangga juga sebab sekurang-kurangnya ada 3 follow...kakakaka...macam bagus!!!!

Dengan rasa terlalu angkuh dan bongkaknya aku nak bagitau kat sini..baru-baru ni aku kenal dengan seorang yang aku amat kagum dengan kesungguhannya menulis dari berbagai sudut, suka sangat aku membaca setiap entry yang disiarkan, ceritanya pendek-pendek aje. Dan semenjak dari perkenalan tu, kami menjadi semakin erat..(aku saja yang rasa mcm tu!....eeee)

Untuk pengetahuan, orang yang aku maksudkan Khairul Fikri tapi aku panggil rull aje. Memandangkan faktor perbezaan usia jadi dia panggil aku abang ~ wow..badjet muda aku...ade aku kesah!!!~

khairul fikri - gedik tak?
matilah aku kena bakor lepas ni...

Tulisan dibawah ni aku dah minta kebenaran darinya untuk di copy paste dan siarkan dalam blog nie....kridet aku bagi pada adik Kairul...ayat menggampu konon. Korang boleh baca blog hebatnya bila klik SINI

Sahabat atau kawan atau teman banyak yang boleh kita sebutkan, tapi tahukah kita erti sahabat sebenar? Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang.

Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu.

Jika Sahabat . Kawan . Teman . anda seperti ini hargailah mereka insha Allah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!

1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita

2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita

3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu

9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat

Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.


sahabat . kawan . teman
yang
TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat . kawan . teman
yang
HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.


sahabat . kawan . teman
yang
PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.


sahabat . kawan . teman
yang
BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, suka berkeliaran 'melepak' yang tidak kena waktunya dan suka ke tempat hiburan 'clubing' dan semua pekara yang sama dengannya.


Jadi berhati²lah memilih sahabat , kawan atau teman kerana mereka boleh mencerminkan keperibadian kita, sebaik-baiknya berkawanlah kerana Allah s.w.t  untuk mendapat redhaNya.

Monday, April 4, 2011

Jumpa than GO!

Telah menjadi lumrah kalau dah jumpa mesti kita akan berpisah akhirnya. Yalah masing-masing ada hal mereka sendiri. Bagi yang tak pernah berpisah rasanya tak tahu pun apa dan bagaimana rasanya perpisahan tu. Ramai orang hanya berjumpa dalam setahun hanya sekali aje, itupun sebab raya, rasanya kalau kerajaan hapuskan cuti raya lepas ni pakai tak merasalah mereka ini berjumpa.

Aku juga mengalami perkara yang serupa dengan korang. Ni 2 hari lepas adik aku ada balik setelah lama benar dia tak balik sebab menuntut di UMP. Sebab aku dengan dia sangat rapat bagai kembar kuning telur ~ korang tau tak kembar kuning telur? kalau nak tahu korang pergi beli telor banyak-banyak pas tu pecah setiap biji...kalau ade yang dua kuning telur dalam sebiji tulah dia. 

Setelah 2 hari bersama bergaduh, bercakaran dan mengkeji sesama sendiri akhirnya hari ni dia balik juga ke UMP. Pas ni aku kena bercakaran dengan anak-anak aku pulak...Rasa sunyi terus terasa sewaktu dia melangkah keluar dari rumah tadi.....itulah yang aku rasa, yang lain-lain tu korang fikirkan yer!

Wednesday, March 2, 2011

Pedoman


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.  Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”.  Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian'Siratul Mustaqim'
6. Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir
   bagiku, kemudian aku berniat bertakbir dengan baik

Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”.

Friday, February 25, 2011

Tarik hidung

Salam semua...
Kita sejak di sekolah rendah lagi kita telah diajar bahawa bagi memdapatkan darah (bagi yang kurang darah) mereka disarankan supaya makan hati ayam atau lembu, kerana terdapat banyak vitamin B. Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Kerana memakannya akan melembabkan pemikiran otak kita, sebab hati merupakan organ dimana semua toksin ini akan dikumpulkan dan dineutralkan. Toksin didalam hati ayam dan lembu mempunyai kepekatannya yang terlalu tinggi.


Kita juga diajar dalam sains bahawa, kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhammad s.a.w selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi di Starbuck. Orang-orang bijak pandai mereka semuanya ada segelas kopi di tangan mereka.


Kita diajar supaya jangan kerap memakan kambing, kerana tinggi kolesterol, namun kita harus tahu bahawa kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Untuk pengetahuan kita, sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
Malah kita digalakkan bahawa makan McDonalds adalah bagus, sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Para Yahudi ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya: minuman bergas dan mee segera. Minuman bergas ini tinggi kandungan gula, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, racun tersembunyi.


Untuk pengetahuan, para agen dajjal ni juga menwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu soya juga akan meningkatkan risiko breast cancerovarian cancer, prostate cancer, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Soya juga mengandungi phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang menjejaskan tubuh badan manusia. Secara kesimpulannya para Yahudi ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi mental malah secara pemakanan juga.


Dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 168, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
Manakala dalam Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 88, Allah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.


Sekarang mari kita sama-sama ubah cara pemakanan kita mulai sekarang, saya dah cuba! anda bila?
 

Sumber saya perolehi dari sini

Monday, January 24, 2011

Kulit lama hati baru

Pagi ini sedar saja dari tidur, tetiba rasa nak berubah. Itu yang aku fikirkan. Untuk berubah ada dua pilihan, berubah dari yang tak baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Of course la aku nak berubah kepada yang lebih baik, tapi istilah baik tu macam mana? Perlukan aku bersopan santun, jalan tunduk memanjang sambil senyum tak henti-henti. Inilah yang aku sedang fikirkan, memang lama dah aku rasa nak berubah, tapi kadang-kadang ada juga terfikir macam tak selaras dengan tingkah laku dan tutur kata aku sekarang!!! Sometimes people might think that aku ni jenis terlalu lepas cakap……aku rasa tidaklah sangat. Teruk sangat ke aku?.....

Bagi kekawan yang masih lagi menerima atau menganggap aku sebagai kawan, korang boleh bagi nasihat, yang bukan kawan pun boleh nasihat aku juga…aku akan terima teguran, hinaan dan cacian yang membolehkan aku berubah. Korang tegurlah mana yang salah, perbetulkan apa yang korang rasa patut.

Memula-mula sekali aku nak merubah soal hati (ayat macam tajuk filem), sebut pasal hati…pastinya merujuk kepada perasaan, cinta? Hallo..cinta ada berbagai-bagai sudut, selain dari cinta kepada pasangan kita ada juga cinta pada sesama manusia, cinta kepada agama, cinta kepada keluarga, sahabat, rakan dll. Dalam cinta sesama pasangan ni memang dah lama aku tolak ketepi, Kenapa? Aku dah cukup letih mengharunginya, pernah aku berduka dan berhiba kerananya, luka telah lama sembuh namun perit dan pedihnya masih terasa hingga kehari nie, aku tak mahu luka dulu berdarah kembali dan terus berdanah semula.

Okey…aku tak nak salahkan sesiapa dalam soal ni, ada lebih baik kalau aku tujukan jari telunjuk aku pada diri aku sendiri, sbb aku yang membiarkan hati dan perasaan aku  diperlakukan begitu. So enough, biarlah aku rawat luka hati ni sepenuhnya dan berikan kepada yang selayaknya. Terfikir pula aku, bagaimana kalau aku berubah memperbaiki ilmu agama dulu supaya lebih indah dan cantik, cause…honestly aku ni cetek penggetahuan dalam bab ni. Bukan apa, taktau kita mati bila, lagi pun aku dah menuju ke ujung-ujung usia, so I just wanna be prepared to be a good muslim. So aku juga kena jaga some certain things. Jadi bagi aku terus merialisasikan ape yang terfikiran sekarang, biar aku mulakan dari sikit-sikit dulu, supaya orang-orang disekeliling aku tak terperanjat kalau tetiba aje lihat aku seperti seseorang pendita atau tok guru dengan perubahan aku nanti. Akhir kata tolong doakan perubahan aku ye!! Wasalam….