Pages

Sunday, March 15, 2009

E471

Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi ke blog sya nie, hari nie saya nak beri sedikit maklumat dan perhatian anda berkenaan perkara E471. Maklumat nie saya perolehi dari blogger yang menjadi mangsa pada kejadian kejadian.

Saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib prihatin tentang hal2 haram/halal , terutama sekali yang bersangkutan darihal makanan, lebih-lebih lagi kehidupan di negara yg berbilang-bangsa ini.

Memang betul, sesetengahnya emulsifier E471 boleh bersumber dari glycerin (E422). Namun begitu, disebut bahawa E471 merupakan antara bahan yg syubhah. Sebagai seorang Muslim, kita wajib menghindari daripada perkara-perkara yang syubhah melainkan kita dah mendapat kepastian bahawa sumber E471 tu dari sumber yg halal.

Yg menjadi tanda-tanya saya, kalau pihak pengeluar/pembekal dah tahu pasaran produk ni adalah utk negara yg bebilang kaum khususnya pengguna Islam, mengapakah tidak dicatitkan terus dalam produk itu ada sumber E471 yg digunakan? Bukannya susah sangat! Saya dah biasa membaca label produk makanan yg mencatatkan sumber bahan mereka yg mungkin menjadi tanda-tanya khususnya buat orang Islam dan mereka yg "vegetarian". Dgn demikian pengguna boleh membuat pilihan yg tepat tanpa ragu-ragu.

Sebagai consumers, saya rasa tak semua orang yg betul2 perhatikan atau faham ttg bahan-bahan yg digunakan dalam sesuatu produk makanan/minuman dan sebagainya, lebih-lebih lagi anak-anak. Asalkan ada perkataan HALAL, dah OK lah tu! boleh dimakan. Yg jelas, kebanyakan bahan-bahan additives ni dicatatkan dlm bentuk kod yg kita, secara umum kurang faham.

Seperkara lagi, tidak semua pengguna prihatin dan sanggup meluangkan masa utk menulis surat kepada pengeluar produk utk mendapatkan kepastian ttg kehalalan produk mereka. Bayangkan jika saya berbelanja ke pasaraya utk membeli-belah dan saya dapati 5-6 barangan yg saya inginkan mengandungi bahan2 yg kurang pasti halalnya. Adakah anda rasa saya "bother" utk menulis kepada ke-enam-enam pengeluar barangan tersebut?? Dan kalaupun saya menulis utk mendapatkan kepastian daripada mereka, adakah anda fikir saya akan mendapat jawapan, dan bolehkah jawapan tu boleh diguna-pakai?.. Jangan mimpilah!!

Buat diri saya, jika ada produk yg lebih kurang sama di pasaran dgn yg syubhah ni yg sah halalnya, I will not pursue the matter. Tapi terserahlah kepada diri masing-masing. Saya bukan pakar ttg bab ini cuma ingin berkongsi informasi dan pendangan ikhlas saya. Walhasil, tepuk dada tanya selera. Wallahu 'alam.