Pages

Friday, April 29, 2011

Hakikat SEMBAHYANG

Asalamualaikum dan selam hari Jumaat...
Kali ini saya  mengambil kesempatan hari jummat yang berkat ini untuk sama-sama kongsi sedikit pengetahuan tentang tertib-tertib semasa kita bersembahyang dari mula hingga akhir. Insya'Allah....

1.  Berdiri Betul (Qiam)  -  Melambangkan Allah Yang Satu (Nafsi/Menafikan diri kepada Allah)
2.  Ruku'  -  Melambangkan Keagungan Allah (Aku Mengagungkan dan Membesarkan Allah)
3.  Iktidal  -  Melambangkan kita rapat dengan Allah (Aku Menghormati Allah)
4.  Sujud
     (a)  Melambangkan allah Maha Tinggi (Aku menghambakan diri kepada Allah)
     (b)  Aku merendah diri kepada Allah
5.  Duduk Antara 2 Sujud  -  Melambangkan kita hamba yang tidak memiliki apa-apa
                                             (Aku memohon keampunan kepada Allah)
6.  Duduk Membaca Tahayyat  -  (Aku menyerah diri kepada Allah)
7.  Salam
     (a)  Aku meminta keizinan dari Allah, Selamatkan semua muslimin, muslimat dan malaikat di sebelah kanan.
     (b)  Selamatkan semua muslimin, muslimat, mukminin, mukminat dan malaikat disebelah kiri.

Thursday, April 28, 2011

sms PANAS!!


Mari-mari …aku ada cerita PANAS …, kejap yer!  Nak ‘on’ kipas…citer ini adalah dari mangsa kejadian tersebut, sapa lagi kalau bukan aku….

Kesahnya terjadi semalam.. bila nak cerita semula ..rasa macam kelakar jer!
semalam lebih kurang kul 7.10 mlm, aku masuk dapur dengan harapan nak goreng ayam untuk dimakan bersama nasi goreng cina…wah…macam sedap ajer bunyinya...semangat betul pada masa tu..

Mula-mula aku panaskan minyak masak, tepon dalam bilik aku berbunyi  nada message, eh..eh.. ada sms pulak, jawab dulu sms ni..sementara tunggu minyak ni panas, then masuk bilik balas sms dulu.....setelah beberapa ketika.....


tiba-tiba...
anak lelaki aku menjerit panic aje bunyinya, akupun berlari ke arahnya yang sedang menonton tv diruang tamu, tetiba aku bau hangit dan serta terlihat asap tebal dari dapur, berpunca dari api yang sedang menjulang dari arah dapur, mak oiii…baru aku teringat, tadi aku sedang memanaskan minyak masak, maka secepat road runner aku arahkan anak-anak aku keluar dari rumah, aku pulak terus ke dapur mematikan tangki gas, pada masa yang sama api masih lagi megah di dalam kuali…besar gila pulak…(siap dengan letup-letup kecik lagi..)
Lebih kurang 10 minit aku cari jalan macamana nak settlekan api yang dalam kuali ni, asap semakin menebal hingga mengelapkan ruang dapur...akhirnya  aku basahkan sehelai tuala mandi, terus aku tutup kepermukaan kuali yang sedang berapi tersebut, tuala tu baru beli siot!!!

Alhamdulillah…. padam serta merta api tersebut, lebih kurang kul 7.45 mlm selesai semua dan bersyukur kehadrat Allah tak ade musibah besar yang terjadi dari kejadian tersebut, akupun sempat solat magrib. Nasib baiklah aku dilantik menjadi seorang Ahli Keselamatan Kebakaran  Pejabat di opis aku, ada juga belajar cara-cara memadamkan kebakaran kecil…sebelum besar! bila dah besar elok lari ajer...tu kerja Bomba pulak......
Moral dari kisah aku ni, kalau buat sesuatu tu, jangan suka tinggal-tinggalkan. Macam tu ker?

Wednesday, April 27, 2011

RASA-rasa


Hari ni bangun tidur dengan satu RASA yang paling hebat dengan semanggat berkobar-kobar nak jadi orang paling bagus, walaupun bagus bukan untuk orang lain, sekurang-kurannya aku rasa bagus untuk diri sendiri...korang penah RASA macam ni tak? Aku tak kesah pun korang ada RASA atau tidak.....HAHAHAHA.

Sebab dah punya RASA macam ni, jadi segalanya aku RASA macam bahagia sangat, berjalan pun aku RASA macam terbang jer! Bleh plak...Memulakan tugas dengan cemerlang tanpa ada gangguan mental maupun fizikal dari orang sekeliling, tenangnya aku dengan keadaan sekarang, tapi tak lama....baru aku bahagia seketika, masih ada makluk yang telah membuatkan aku macam nak tampar ajer muka dia dengan keybord, grrrrrrrrrr

Sekarang aku RASA macam nak jerit kuat-kuat kat dalam opis  tu, bagi gegar sikit...kau RASA dia orang marah ker tak? RASAnya tentu serta-merta aku akan di serahkan ke Hospital terdekat! RASA geram teramat sangat, RASA bengang yang amat banggang sekali. aku RASA macam nak balik aje masa tu...last2 sekali memang aku balik juga selepas 10 minit RASA nak balik....lalalala.

Korang RASA aku ni macam mental ajerkan? dan tentu macam-macam korang buat tomahan tentang aku, aku pun ada juga RASA macam tu kalau aku jadi korang. Jadi kalau korang RASA aku macam nak lepaskan peRASAan atau ape-ape aje! Memang aku RASA macam tu, sebab aku suka RASA macam nie, lebih selamatkan? hehehehehe 

Thursday, April 21, 2011

JUMAAT penghulu Hari

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera dan selamat hari Jumaat buat semua rakan-rakan pengunjung. Cepat benar masa berlalu cuma tinggal beberapa hari saja lagi akan masuk bulan Mei. rasanya baru dua minggu lepas aku meninggalkan bulan Mac, itulah perjalanan masa dan akal yang tidak seiring, mungkin sebab aku banyak berangan atau terlebih tidur!

Baiklah, Jumaat merupakan penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa-peristiwa besar banyak berlaku pada hari Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, sebagai contoh daripada hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, yang bermaksud: "Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari '

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 'Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Nabi Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga akan berlakunya hari kiamat. Pada hari Jumaat, tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya' (hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari Jumaat seseorang hamba mukmin apabila berdoa kepada Allah meminta kebaikan maka doanya akan dimakbulan, jika meminta melindunginya dari kejahatan maka Allah akan melindunginya dari kejahatan' (hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali hari Jumaat bukanlah sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan oleh umat Islam khususnya. Amin!

Monday, April 11, 2011

Jual Kasih


Asalam’mualaikum w.b.t

Setelah tak menulis sejak sabtu lalu, tangan ni rasa macam gatal jer nak menaip. Tapi tak tahu nak tulis apa untuk dikongsikan bersama. Dan akhirnya aku tulis ni aje buat dikongsi bersama.

BAGAIMANA MENGAPLIKASIKAN KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN ?

Mengenali mereka secara mendalam, seperti nama, alamat, pekerjaan, status sosial, kewangan, kesihatan, psikologi dan sebagainya. Hadis riwayat Tarmizi bermaksud: ‘Jika seseorang menjalin tali persaudaraan dengan orang lain, maka hendaklah dia bertanya siapa namanya, nama bapanya dan dari mana dia berasal, kerana itu lebih mengeratkan kasih sayang’

Menyatakan ‘saya sayangkan kamu’. Dalam sunan Abu Daud disebutkan bahawa seorang lelaki berada di samping Rasulullah s.a.w. Kemudian ada lelaki lain yang juga berada di sana. Orang yang ada di samping beliau berkata: ‘Wahai Rasulullah, saya benar-benar menyanyangi orang itu’. Rasulullah s.a.w. bertanya:  ‘Apakah engkau sudah memberitahukannya?’ Maka menjawablah lelaki tersebut: ‘Tidak’.  Sabda Rasulullah kemudiannya: ‘Beritahukanlah sayangmu itu padanya.’ Maka orang itu menemui orang yang dimaksud, lalu berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya aku menyanyangimu kerana Allah.’ Dan berkatalah lelaki tersebut: ‘Yang membuatmu menyanyangiku juga menyangimu.’

Kesimpulannya kita digalakkakn berkasih sayang sesama manusia tidak mengira jenis. Dan haruslah berlandaskan hukum agama supaya setiap perlakuan tidak melampaui batas. Tapi banyak yang aku lihat sekarang ialah lelaki bercinta sesama mereka begitu juga dengan perempuan yang melakukan perkara yang sama tanpa segan silu dihadapan khalayak ramai, semuanya berlandaskan nafsu semata-mata. 

Friday, April 8, 2011

Muda vs AKU TUA!!!

Assalamualaikum...salam sejahtera.

Tiba-tiba pagi ni aku rasa nak menulis tentang hormat menghormati, yalah pagi-pagi Jumaat yang berkat ni mari sama-sama kita muhasabah diri sebelum dibalakan dengan musibah. Semua orang pernah melalui zaman remaja, ada yang suka dan tak kurang pula yang penuh dengan sengsara, itu semua ketentuanNya. Apa yang kita lakukan pada waktu itu adalah mengikut acuan yang diterapkan kepada kita sejak zaman kita kanak-kanak lagi.

Sebenarnya nilai rohani seperti menghormati orang yang lebih tua sudah mula menampakkan  kecelaruan didalam diri anak-anak muda malah telah berleluasa juga dikalangan orang dewasa. Banyak yang telah kita dengar, baca, lihat malah tak kurang yang berlaku keatas diri sendiri. Tapi setakat mana kemampuan kita untuk merubahnya? Biasanya  kalau kita mendengar, harus kita akan kata 'kesiannya' kalau kita baca 'dasyatnya' dan kalau terjadi pada diri sendiri?

Sebagai ibubapa atau ketua keluarga, perkara utama yang harus kita semaikan didalam diri anak-anak kita ialah nilai menghormati semua orang, tidak kira orang tua, sebaya atau lebih muda. Memberi penekanan agar mencintai Allah s.w.t. adalah lebuh utama. Kenalkan sifat-sifat Allah seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Penyeksa dan sebagainya. 

Sentiasa mentaati ibubapa (orang tua)iaitu memohon keberkatan dari mereka, maka akan mendapat keredaan Allah. Sebagai anak seharusnya mereka harus mengutamakan keperluan ibubapa lebih dari daripada  bertanyakan keperluan teman wanita atau rakan-rakan. Allah s.w.t lebih mengasihi mereka yang menghormati orang-orang yang lebih tua.

Jika kita menghormati orang yang lebih tua, sebenarnya kita sedang membina satu kehidupan yang lebih sempurna daripada pengalaman masa lampau mereka. ish...ish..ish...rasa nak mengalirkan air mata..sebelum aku benar-benar nanggis baik aku stop kat sini ajer, huhuhuhuhuuuu.... 

Thursday, April 7, 2011

STRESS? tekanan?


Pagi semua…hari ni nak tulis pasal stress. Masalah sekarang yang banyak dialami oleh rakyat Malaysia, terutamanya remaja-remaja yang sedang hangat bercinta, macamlah aku tak pernah bercinta!!! Minggu lepas aku pun pernah mengalaminya, tapi stress yang positif dan selepas itu aku bangun dengan lebih cergas dan bertenaga…

Apa-apa pun korang bacalah sedikit info tentang stress ni..harap jangan pula lepas baca ni korang komen minta nasihat kat aku pulak… 
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu horman rangsangan yang dinamakan ‘adrenline’ kedalam saluran darah. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku didalam tubuh sebagai persiapan untuk melindungi kita. 

Diantara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah keotak dan jantung) gula, lemak dan kolesterol didalam darah akan bertambah (untuk memberi  lebihan tenaga kepada badan penafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara biasa selari dengan keperluan tubuh ketika itu. Ada stress positif yang dipanggil ‘eustress’ ianya  amat diperlukan dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan perihatin kepada apa yang kita sedang lakukan. 

Manakala stress negative dipanggil ‘distress’ ianya suatu tindakan yang akan menyebabkan seseorang yang mengalaminya akan menjadi tidak menentu dan tidak dapat berfikir dengan bijak serta boleh merosakkan sistem sarap badan dan otak. Jika ianya berlaku dalam jangka masa panjang, ia kan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. 

Stress kronik ini akan mengganggu setiap system dalam tubuh dan akan menyebabkan meningkatkan tekanan darah, menekan system kekebalan tubuh, meningkatkan risiko sakit jantung dan stroke, menyebabkan infertility dan mempercepatkan proses penuaan, bahkan boleh menyebabkan gila.

Ini sedikit info yang dapat aku kongsi bersama.

Wednesday, April 6, 2011

Sahabat - Erti Sahabat Sebenar


Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dan salam sejahtera....macamlah ade orang yang nak singgah blog aku ni, tapi aku bangga juga sebab sekurang-kurangnya ada 3 follow...kakakaka...macam bagus!!!!

Dengan rasa terlalu angkuh dan bongkaknya aku nak bagitau kat sini..baru-baru ni aku kenal dengan seorang yang aku amat kagum dengan kesungguhannya menulis dari berbagai sudut, suka sangat aku membaca setiap entry yang disiarkan, ceritanya pendek-pendek aje. Dan semenjak dari perkenalan tu, kami menjadi semakin erat..(aku saja yang rasa mcm tu!....eeee)

Untuk pengetahuan, orang yang aku maksudkan Khairul Fikri tapi aku panggil rull aje. Memandangkan faktor perbezaan usia jadi dia panggil aku abang ~ wow..badjet muda aku...ade aku kesah!!!~

khairul fikri - gedik tak?
matilah aku kena bakor lepas ni...

Tulisan dibawah ni aku dah minta kebenaran darinya untuk di copy paste dan siarkan dalam blog nie....kridet aku bagi pada adik Kairul...ayat menggampu konon. Korang boleh baca blog hebatnya bila klik SINI

Sahabat atau kawan atau teman banyak yang boleh kita sebutkan, tapi tahukah kita erti sahabat sebenar? Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang.

Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu.

Jika Sahabat . Kawan . Teman . anda seperti ini hargailah mereka insha Allah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!

1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita

2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita

3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu

9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat

Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.


sahabat . kawan . teman
yang
TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat . kawan . teman
yang
HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.


sahabat . kawan . teman
yang
PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.


sahabat . kawan . teman
yang
BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, suka berkeliaran 'melepak' yang tidak kena waktunya dan suka ke tempat hiburan 'clubing' dan semua pekara yang sama dengannya.


Jadi berhati²lah memilih sahabat , kawan atau teman kerana mereka boleh mencerminkan keperibadian kita, sebaik-baiknya berkawanlah kerana Allah s.w.t  untuk mendapat redhaNya.

Monday, April 4, 2011

Jumpa than GO!

Telah menjadi lumrah kalau dah jumpa mesti kita akan berpisah akhirnya. Yalah masing-masing ada hal mereka sendiri. Bagi yang tak pernah berpisah rasanya tak tahu pun apa dan bagaimana rasanya perpisahan tu. Ramai orang hanya berjumpa dalam setahun hanya sekali aje, itupun sebab raya, rasanya kalau kerajaan hapuskan cuti raya lepas ni pakai tak merasalah mereka ini berjumpa.

Aku juga mengalami perkara yang serupa dengan korang. Ni 2 hari lepas adik aku ada balik setelah lama benar dia tak balik sebab menuntut di UMP. Sebab aku dengan dia sangat rapat bagai kembar kuning telur ~ korang tau tak kembar kuning telur? kalau nak tahu korang pergi beli telor banyak-banyak pas tu pecah setiap biji...kalau ade yang dua kuning telur dalam sebiji tulah dia. 

Setelah 2 hari bersama bergaduh, bercakaran dan mengkeji sesama sendiri akhirnya hari ni dia balik juga ke UMP. Pas ni aku kena bercakaran dengan anak-anak aku pulak...Rasa sunyi terus terasa sewaktu dia melangkah keluar dari rumah tadi.....itulah yang aku rasa, yang lain-lain tu korang fikirkan yer!