Pages

Wednesday, June 24, 2009

Kebesaran Bulan Rejab

Sebagai seorang mukmin saya terpanggil untuk ingat mengingati sesama kita supaya melakukan amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah s.w.t. maka lakukanlah amalan-amalan berikut:

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan iklas, maka pasti ia akan mendapat keredhaan yang besar dari Allah s.w.t.

2. Dan barang siapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab / Isra Mi'raj (Isnin - 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang perpuasa 2 hari dalam bulan Rejab akan mendapat kemuliaan disisi Allah s.w.t.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan
3 Rejab (24, 25, dan 26 Jun 2009) maka Allah s.w.t. akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksaan akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, permintaannya akan dimakbulkan Allah s.w.t. Insyaalah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari, maka akan dibukakan 8 pintu Syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah s.w.t akan menambahkan pahalanya.