Pages

Wednesday, April 6, 2011

Sahabat - Erti Sahabat Sebenar


Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dan salam sejahtera....macamlah ade orang yang nak singgah blog aku ni, tapi aku bangga juga sebab sekurang-kurangnya ada 3 follow...kakakaka...macam bagus!!!!

Dengan rasa terlalu angkuh dan bongkaknya aku nak bagitau kat sini..baru-baru ni aku kenal dengan seorang yang aku amat kagum dengan kesungguhannya menulis dari berbagai sudut, suka sangat aku membaca setiap entry yang disiarkan, ceritanya pendek-pendek aje. Dan semenjak dari perkenalan tu, kami menjadi semakin erat..(aku saja yang rasa mcm tu!....eeee)

Untuk pengetahuan, orang yang aku maksudkan Khairul Fikri tapi aku panggil rull aje. Memandangkan faktor perbezaan usia jadi dia panggil aku abang ~ wow..badjet muda aku...ade aku kesah!!!~

khairul fikri - gedik tak?
matilah aku kena bakor lepas ni...

Tulisan dibawah ni aku dah minta kebenaran darinya untuk di copy paste dan siarkan dalam blog nie....kridet aku bagi pada adik Kairul...ayat menggampu konon. Korang boleh baca blog hebatnya bila klik SINI

Sahabat atau kawan atau teman banyak yang boleh kita sebutkan, tapi tahukah kita erti sahabat sebenar? Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang.

Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu.

Jika Sahabat . Kawan . Teman . anda seperti ini hargailah mereka insha Allah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!

1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita

2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita

3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu

9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat

Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.


sahabat . kawan . teman
yang
TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat . kawan . teman
yang
HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.


sahabat . kawan . teman
yang
PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.


sahabat . kawan . teman
yang
BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, suka berkeliaran 'melepak' yang tidak kena waktunya dan suka ke tempat hiburan 'clubing' dan semua pekara yang sama dengannya.


Jadi berhati²lah memilih sahabat , kawan atau teman kerana mereka boleh mencerminkan keperibadian kita, sebaik-baiknya berkawanlah kerana Allah s.w.t  untuk mendapat redhaNya.

10 comments:

  1. Terharu saya baca abg :) terima kasih... insyaallah satu hari nanti penulisan abg akan menjadi yg terbaik.. :) terima kasih abg.. terharu sgt..

    ReplyDelete
  2. wah wah wah gumbire la tu :)

    ReplyDelete
  3. rull...sama-sama!! tp apalah sangat, jika nak dibandingkan dengan semangat yang telah rull beri agar abg terus menulis, abg akan terus menulis sebaik mungkin...pendek & padat dan minat

    ReplyDelete
  4. illa, gila kau...mestilah sdg bergumbira nie..lalalala

    ReplyDelete
  5. nais! <---tbe2 je kan aku ni..

    aku suke giler kalo ada entry pasal friendship sbb aku teringin nak ada kwn yg besh2..maybe aku kna jd besh dlu kot baru akan dpt kawan nak besh2.. nway, bro..thanx for sharing.. =)

    ReplyDelete
  6. sgt2 trharu dan best bile bace entri ni..dan membuatkn aku trfikir bnyk bnde tntang ape yg aku dh buat ngan kwn2 aku..huhu..

    btw, nk tnye pndpt: kwn baik aku ni dulu single, now dh ade awek dh (kwn aku jgk) ..dulu mase single kitorg slalu msj n kuar..tp skrg dh sush ajk kuar..kdg2 aku ditipu secara halus tp aku try buat mcm xde pape brlaku..kalau jmpe pas tu pn, aku xckp psl benda tu..adkh tindakan aku ni btol?ataupn aku kne terus terang..

    ReplyDelete
  7. bangge si kyerull tue
    wekkkkkkkkkkkkkk,hahhahahhah

    ek,kene panggil abang jugak ke??

    ReplyDelete
  8. piouspdosh: alaaa...ciannya dia!! mmg benar untuk memperolehi kebaikan kita kena menjadi baik malah belajar menjadi baik...adoii..mcm nak bagi ceramah ler plak...kita kawan yer jgn tak!

    ReplyDelete
  9. hairie: sya kesian kat awk yg sgt2 ambil berat kat kwn baik awk tu, sbg kwn yg ingin melihat kebahagian kwn lain, hairie selalulah hubunginya dan bertanya khabar, itu sudah cukup dr mengajaknya keluar, hairie doakan supaya dia bahgia..melihat kwn kita bahagia akan membuatkan hairie lebih bahagia...ini pendapat sy saja (macam motivasi ler pulak!!!...kena byr yer!)

    ReplyDelete
  10. aliarosli: dah tentulah kyerull sedang berbangga skrg sbb dia abg bernama Hang Jebat..eeeee
    sy tak paksa pun nak panggil ape, kita bangsa melayu kaya budi bahasakan...lu pikirlah sendiri...sorry ey!

    ReplyDelete