Pages

Wednesday, February 11, 2009

Pandang dari DEPAN

Pagi nie aku seperti biasa keluar dari rumah jam 8 pagi untuk ke pejabat. Jarak antara rumah dengan pejabat hanya sekitar 6 km saja. Aku ke pejabat biasanya dengan menunggang motosikal yang bagi aku begitu besar jasanya.... kena ampu sikit kalau tak, dia merajuk!! mulalah dah nak kena jumpa tokey kedai moto.

Semasa menunggang, tetiba aku terpandang mamat nie, rasa macam kenal ajer...pernah satu pejabat dengan aku dulu...maka aku pown pulas minyak laju sikit semata-mata nak seiring dengannya, sbb ketika itu dia telah berada dihadapan aku, mungkin kerana dia dah keluar rumah awal sikit dari aku atau dia memang memandu cam siput........eeee!!!...amboi cakap sesedap rasa. Bila sampai di lampu merah, dia berhenti aku juga berhenti.......orang lain pun berhenti yer!!

Oleh kerana aku nie seorang yang tidak mudah lupa kekawan di tambah lagi dengan rasa mesra tak kira tempat, peluang nie aku ambil dengan berhenti betul-betul disebelah kirinya. Dengan tidak memandang tepat kemukanya, aku terus cucuk pinggangnya dengan niat nak gurau....baguskan? bila dia menoleh ajer...jeng..jeng...jeng. Duss...........aku telah tersalah cucuk orang rupanya. Ampun....minta maaf banyak banyak!!!!.
Walau bagaimanapun mamat nie sporting plak. Dia senyum kat aku....aku plak dengan rasa segan tapi masih control hensem membalas senyumnya sambil berkata " maaf ey!!......ingatkan kawan saya tadi, maaf ye!!'.

Nasib baik antara peristiwa tu dengan lampu hijau tak makan masa lama, kalau tak mahu cair aku kat situ sbb tahan malu. Bila lampu hijau jer mamat tadi jalan, akupun jalan...orang lain juga jalan yer!!. Dalam sekelip mata mamat nie dah pecut jauh tinggalkan aku, tup-tup ....eh dah tak der!!!. Sangka aku yang akan tinggalkan dia sebab malu.... lain pula jadinya...

1 comment:

  1. haiyak....bikin malu saja....!! nasib baik brader tu cucuk balik...hehe

    ReplyDelete